Thursday, April 16, 2009

ETIQA TAKAFUL



PRODUK YANG DITAWARKAN

1.TAKAFUL PRIMA : SETIAP 3 TAHUN AKAN MENDAPAT PULANGAN PELABURAN MENGIKUT SUMBANGAN

2.TAKAFUL MESRA: SIMPANAN DAN PELABURAN

Pengenalan

Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.

Apakah takaful keluarga?

Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa. Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000 setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000 setahun.

Konsep takaful dalam takaful keluarga

Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Jenis perlindungan

Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut:

• Keluarga Biasa:
– Takaful keluarga individu (perseorangan) (TN Mesra, TN Ehsan, TN Sarjana, TN Afiah, TN Warisan) 
– Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.
– Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) 
– Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

• Berkaitan pelaburan (TN Prima) 
- Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.
- Takaful keluarga 'rider' merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. 'Rider' memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan.

Manfaat di bawah takaful keluarga
Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:
• Daripada AP andaAmaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.
• Daripada AKP andaJumlah perlindungan risiko atau tabarru’.Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:
• Daripada AP andaAmaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.
• Daripada AKP andaLebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.

Terma dan syarat utama

Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:
• Caruman – Ini ialah ansuran caruman takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan ataupun tahunan.
• Tempoh tangguh – Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.
• Tempoh matang – Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluan anda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.


KENAPA ANDA MESTI DAN SANGAT DIGALAKKAN MEMPUNYAI PERLINDUNGAN & SIMPANAN DENGAN MENYERTAI ETIQA TAKAFUL ?

1) Kerana hanya takaful SATU-SATUNYA PILIHAN anda sebagai umat Islam untuk mendapatkan perlindungan insuran yang HALAL.

2) Kerana anda tidak tahu apa terjadi kepada anda pada esok hari, lusa, minggu hadapan,tahun hadapan... masa depan..

3) Kerana anda WAJIB bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga anda.

4) Kerana setelah ketiadaan anda di dunia ini, cukupkah apa yang anda tinggalkan untuk keluarga anda meneruskan hidup? contohnya membayar hutang anda?

5) Kerana jika anda hilang upaya dan tidak mampu bekerja lagi, anda masih mempunyai pendapatan untuk menanggung keluarga. Jika tidak, anda menderita sambil melihat keluarga anda menanggung derita. Sanggupkah anda?

6) Kerana anda MESTI membuat persediaan untuk masa hadapan keluarga dan pendidikan anak-anak.

7) Kerana dengan menyertai takaful anda telah membantu memperkuatkan ekonomi umat Islam melalui zakat, tabung khairat, tabung pelaburan dan sebagainya.

8) Kerana dengan menyertai takaful anda telah menderma dan membantu anak-anak yatim setiap hari tanpa anda sedari.


“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
(Al-Bukhori)

“Roh orang yang berhutang tergantung disebabkan hutangnya sehingga dijelaskan hutangnya oleh pewaris”
(Maksud Hadis)


Apakah anda memahami apa yang dinyatakan melalui graf yang dikeluarkan oleh WHO di atas? siapakah yang boleh menghidap penyakit-penyakit kritikal tersebut... ?

kita semua mungkin ditakdirkan akan mengidap penyakit-penyakit kritikal tersebut atas pelbagai faktor contohnya faktor pemakanan kita pada masa kini yang tidak mengikut waktu, kurang berkhasiat, perisa tambahan berasaskan kimia dan sebagainya.

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit-penyakit di atas.. anda lebih berisiko tinggi.. cuba fikirkan adakah datuk,nenek,mak atau ayah anda ada mengidap penyakit jantung, kanser, angin ahmar atau buah pinggang? jika ada..

apakah persediaan anda untuk menghadapinya? kerana anda berisiko tinggi..
ingatlah.. penyakit diberi percuma sebagai dugaan dan cubaan dari Allah S.W.T tetapi kos rawatan sangat jarang diberi percuma..

Berapa kos rawatan untuk penyakit kritikal di Malaysia pada masa kini?
kosnya mencecah puluhan ribu ringgit! ada yang mencecah ratusan ribu ringgit ditambah lagi dengan kos rawatan susulan.
sudah menjadi kebiasaan, apabila anda sengsara.. keluarga anda akan turut menderita.. terutama jika yang kurang berkemampuan..
Bagaimana saya boleh membantu anda untuk membuat persediaan dari segi kewangan ?
Saya boleh membantu asalkan anda mempunyai kesedaran untuk membantu diri sendiri terlebih dahulu..

0 comments on "ETIQA TAKAFUL"

Post a Comment

Order Online Form

Name:
Email Address:
Mailing Address:
Contact No:
Item No.1:
Item No.2:
Item No.3:
Payment Method: Maybank
CIMB
Western Union
Question:

form mail

YM DENGAN SAYA

THANK YOU

 

Sheera Collection's Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | manage by AISHITERU SHOPPE